suria

Polis, Kastam Rampas 76 Kg Kokain

KUALA LUMPUR: Pegawai polis dan Kastam merampas kira-kira 76kg kokain dengan nilai RM22 juta yang dibungkus dalam tin dan ditandakan sebagai nanas dan santan yang telah diproses, di Pelabuhan Klang. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid berkata, pegawai-yang bertindak atas maklumat orang ramai, menahan dan memeriksa kapal pada 12 November dan mendapati 980 karton makanan yang telah diproses. Selepas beberapa hari pemeriksaan, sebanyak 384 tin didapati mengandungi kokain dalam bentuk cecair. Beliau berkata penghantaran dibuat dari Guyana yang dalam perjalanan ke Mozambique.

Artikel Lain