Ibu Sanggup Berlapar Demi Sesuap Nasi Untuk Anak-Anak - Semasa | mStar

Ibu Sanggup Berlapar Demi Sesuap Nasi Untuk Anak-Anak

 Keluarga besar: Siti Aishah bersama enam anaknya tinggal di rumah flat di Jalan Besi
Keluarga besar: Siti Aishah bersama enam anaknya tinggal di rumah flat di Jalan Besi

KUALA LUMPUR: Sanggup berlapar demi anak-anak bukanlah perkara baru yang dilakukan oleh Siti Aisah Wagiman, semuanya gara-gara pendapatannya yang tidak mencukupi terutamanya apabila tiba hujung bulan.

Ibu kepada enam cahaya mata ini dan suaminya terpaksa berlapar bagi membolehkan anak-anak mereka mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.

"Ia juga pernah berlangsung selama dua minggu di mana kami tidak punya wang yang cukup untuk membeli makanan asasi seperti beras," katanya dalam satu temubual di rumahnya di Pangsapuri Razak, Jalan Besi yang hanya mempunyai sebuah bilik tidur.

Siti Nor Aisah,34, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, berkata hanya dia seorang yang menanggung keluarganya dengan pendapatan RM1,200 sebulan.

"Sewa rumah sahaja RM400 sebulan. Selebihnya saya beli barang dapur dan keperluan lain," katanya.

Dia mendakwa suaminya menderita penyakit buasir yang menyebabkan dia tidak boleh bekerja secara tetap.

Siti Aisah perlu bekerja bermula pukul 7 pagi hingga 7 malam, lima daripada anaknya dijaga oleh ibu mertuanya, sementara anak sulungnya, 14 tahun dijaga oleh ayahnya.

"Fizikalnya cacat. Lengannya cacat. Ketika sekolah rendah, dia terima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat namun sejak dua tahun lalu ia telah dihentikan. Saya tidak tahu apa puncanya," kata Siti Nor Aisah.

Sementara itu, ibu mertuanya, Siti Rubiah Abdul Razak,59, yang tinggal bersebelahan dengan rumah Siti Nor Aisah berkatam cucu-cucunya akan pergi ke rumah jiran untuk mengutip kotak, tin dan botol untuk dijual bagi mendapatkan wang.

"Mereka akan berikan kepada saya duit yang mereka dapat dan meminta saya membelikan sayur-sayuran untuk mereka," katanya sambil menambah pendapatan harian yang diperolehi sekitar RM3 hingga RM5.

Seorang jiran mereka, George Fernandez, yang menghubungi The Star bagi menyiarkan kepayahan yang ditanggung keluarga malang ini berkata dia sangat bersimpati terhadap nasib mereka.

"Mereka sangat lapar pada hari-hari tertentu, kadang-kadang anak-anak itu terpaksa datang ke rumah saya meminta makanan," katanya.

Artikel Sebelum

Hadi: Saya Hanya Layak Jadi Khadam

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain