Polis Johor Tumpas Kumpulan Pecah Rumah Didalangi Warga Asing - Semasa | mStar

Polis Johor Tumpas Kumpulan Pecah Rumah Didalangi Warga Asing

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff menunjukkan barangan rampasan dengan tertangkapnya satu kumpulan pecah rumah dan samun yang dianggotai oleh warga asing hasil satu serbuan di kawasan kebun Jalan Renggam, Kluang pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Baharu, Johor, Selasa. -fotoBERNAMA
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff menunjukkan barangan rampasan dengan tertangkapnya satu kumpulan pecah rumah dan samun yang dianggotai oleh warga asing hasil satu serbuan di kawasan kebun Jalan Renggam, Kluang pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Baharu, Johor, Selasa. -fotoBERNAMA

JOHOR BAHARU: Polis berjaya menumpaskan satu kumpulan pecah rumah dan samun yang dianggotai warga asing dalam serbuan di kawasan kebun Jalan Renggam, Kluang, Ahad lepas.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dalam serbuan itu empat lelaki warga Indonesia berumur antara 20 dan 40 tahun ditahan selepas dipercayai aktif melakukan samun dan pecah rumah di sekitar daerah Kluang.

Dengan penahanan empat suspek ini polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 11 kes samun dan enam kes pecah rumah di daerah itu, katanya pada sidang media, di sini Selasa.

Katanya siasatan awal mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan dipercayai masuk ke negara ini semata-mata untuk melakukan kegiatan jenayah khususnya di daerah Kluang.

Polis kini menjejaki saki-baki kumpulan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaanmemperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan, katanya.

Sementara itu dalam kes berasingan, polis menahan dua lelaki berumur21 dan 35 tahun yang dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah rumah di Nusajaya.

"Mereka ditahan pada 31 Okt lalu semasa polis melakukan rondaaan di Km 34, Jalan Johor Baharu-Pontian dan terserempak dengan kereta yang dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan," katanya.

Siasatan awal mendapati seorang suspek memiliki tujuh rekod jenayah, katanya. Mereka kini ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seskyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, denda dan sebat jika sabit kesalahan, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PRU-13: Anwar Cabar PM Tanding Di Marang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain