Siling Di Hospital Raja Permaisuri Bainun Runtuh - Semasa | mStar

Siling Di Hospital Raja Permaisuri Bainun Runtuh

IPOH: Lapan belas keping papan siling plaster gypsum jatuh di Kompleks Klinik Pakar di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.

Insiden itu menyebabkan siling berlubang dan terdedah dengan pendawaian elektrik di luar klinik dermatologi di tingkat satu kompleks.

Kawasan itu telah dibuat kepungan. Tiada siapa yang cedera dalam kejadian yang berlaku pada pukul 6.00 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata papan siling terjatuh disebabkan paip PVC induk ICT dan kabel telekomunikasi yang berat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain