Polis Tahan 29 GRO Warga Vietnam Di Puchong - Semasa | mStar

Polis Tahan 29 GRO Warga Vietnam Di Puchong

KUALA LUMPUR: Polis menahan 29 wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan tanpa lesen di Puchong, malam Jumaat.

Pegawai Operasi D7 Bukit Aman, Inspektor Mohd Jais Mohamad berkata kesemua GRO yang ditahan itu berumur antara 19 hingga 35 tahun.

"Empat daripada GRO yang ditahan itu pernah ditangkap Jun lalu atas kesalahan sama di premis sama," kata Mohd Jais kepada pemberita di sini Sabtu.

Katanya, siasatan mendapati GRO terbabit menyalahgunakan pas lawatan sosial dan pusat hiburan berkenaan baru tiga minggu beroperasi.

Polis turut menahan dua lelaki yang dipercayai bekerja di pusat tersebut. Kesemua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Penyokong Kelantan Maut Motorsikal Terbabas

Artikel Berikut

'Saya Hanya Fikir Maut - Mangsa Runtuhan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain