suria

Seorang Maut, Tiga Cedera Dalam Kemalangan Di Bukit Putus

SEREMBAN: Seorang wanita maut manakala tiga yang lain cedera apabila kereta yang mereka naiki bertembung di KM 13, Jalan Seremban-Kuala Pilah di Bukit Putus dekat sini, malam Ahad.

Nor Rosdianawati Mohd Nordin, 21, tersepit di tempat duduk sebelah pemandu dan mati di tempat kejadian.

Mereka yang cedera ialah rakan Nor Rosdianawati yang hanya dikenali sebagai 'Apek', 19, dan pasangan suami isteri sebuah lagi kereta yang bertembung dengan kereta itu.

Kesemua mereka yang cedera dirawat di Hospital Tuanku Jaafar di sini, kata jurucakap polis.

Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 10.20 malam itu, kereta yang dinaiki Nor Rosdianawati dan rakannya dalam perjalanan dari Seremban ke arah Kuala Pilah bertembung dengan kereta yang dinaiki pasangan suami isteri itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain