suria

Gerakan Masih Relevan - Tsu Koon

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan kali ke-41 dengan tema "Satu Hati" di sini, Ahad. -fotoBERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan kali ke-41 dengan tema
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan kali ke-41 dengan tema "Satu Hati" di sini, Ahad. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada Ahad membidas dakwaan yang mengatakan parti itu kini sudah tidak relevan.

Tegas beliau parti itu masih komited untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia terutamanya di negeri Pulau Pinang.

"Peranan kami dalam membangunkan ekonomi Pulau Pinang dan masyarakat sejak 40 tahun yang lalu bukan sahaja sebagai satu nostalgia tetapi menunjukkan bahawa kita adalah sebuah parti dengan ideologi relevan dengan pelbagai pengalaman dan kepakaran," kata Koh pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Parti Gerakan di Menara PGRM di sini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain