suria

23 Laporan Polis Terhadap Pelajar Hina Islam Di Facebook

SHAH ALAM: Polis telah menerima 23 laporan di seluruh negara berhubung mahasiswa yang didakwa menghina Islam di Facebook.

Pelajar berusia 25 tahun ini telah direman sehingga esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asst Comm Mohd Adnan Abdullah berkata polis belum membuat sebarang tangkapan ke atas kumpulan yang merosakkan rumah dan kereta suspek di Klang.

Pelajar terbabit adalah pelajar Ijazah Sarjana di sebuah universiti tempatan, telah didakwa membuat kenyataan menghina di Facebook pada Julai.

Isu itu dibangkitkan pada Selasa selepas seorang lelaki membuat laporan polis sejam selepas rumah suspek di Taman Klang Jaya diserang. Suspek telah ditahan pada hari berikutnya walaupun mendakwa dia tidak menyiarkan 'posting' tersebut.

Dalam perkembangan lain, polis menahan lima lelaki berusia antara 19 dan 37 tahun, berhubung pembunuhan seorang wanita 65 tahun di Pelabuhan Klang.

"Dalam operasi khas Selasa lepas, polis menahan lelaki di beberapa lokasi di Lembah Klang," katanya.

Lima telah ditahan reman sehingga Rabu.

Pada 12 September, mangsa, yang tinggal bersendirian, ditemui mati dengan tangan dan kakinya diikat bersama-sama di rumah yang juga telah digeledah.

Artikel Sebelum

Waspada Senjata Pembangkang - PM

Artikel Lain