suria

5,000 Unit Rumah Akan Dibina Di Seremban Di Bawah PR1MA - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor diberi penerangan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan ketika melawat model projek PR1MA Seremban sempena Program Jelajah Janji Ditepati yang di adakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban. 
Turut sama (dari kiri) isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin, Pengerusi Nilai Resources Tan Sri Gan Kong Seng serta Pengerusi PR1MA Datuk Seri Dr. Jamaludin Mohd Jarjis.

 -fotoBERNAMA

SEREMBAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu mengumumkan pembinaan 5,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Seremban 2, Rasah dan Senawang.

Beliau berkata rumah tersebut akan dibina bersama oleh PR1MA dan kerajaan negeri, bagi isi rumah dengan pendapatan antara RM2,500 dan RM7,500.

Najib berkata tidak seperti pembangkang, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan semua janji-janji yang dibuat kepada rakyat termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan projek perumahan mampu milik PR1MA.

"Itulah perbezaan antara pengkritik dengan kita. Ketika mereka menganjurkan Bersih dan kemudian Bersih 2.0, kerajaan saya telah memberikan BR1M dan kini BR1M2.0," katanya disambut dengan tepukan daripada orang ramai.

Najib berkata 5,000 unit rumah dengan kos antara 20 dan 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran, akan dibina di sini dalam tempoh dua tahun akan datang.

Bergantung kepada lokasi, rumah-rumah tersebut akan berharga antara RM150,000 dan RM300,000 dengan saiz minimum 243 kaki persegi.

"Ini adalah apa yang anda dapat apabila anda di bawah pentadbiran negeri dan kerajaan persekutuan yang memikirkan rakyat tidak seperti di Selangor di mana kita tidak dapat membina kemudahan rawatan air Langat 2," katanya.

Najib berkata kerajaan juga akan menyediakan kemudahan bernilai RM158 juta bagi membolehkan pembinaan lanjutan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) ke Temiang dan Utara Seremban.

Langkah itu, katanya akan memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 keluarga yang tinggal di kawasan itu.

Terdahulu hari ini, Najib dan Rosmah bertemu penduduk di Ampangan dalam program walkabout.

Pada acara itu, beliau juga melancarkan secara rasmi pembinaan Pusat Penjaja Ampangan RM8.9 juta dan kemudian menyertai orang ramai untuk sarapan pagi di pusat penjaja sedia ada.

Najib berkata kerajaan telah berjanji kepada penjaja di kawasan itu untuk membantu membina pusat penempatan baru untuk mereka bagi membolehkan perniagaan di persekitaran lebih kondusif.

"Ini adalah satu contoh klasik slogan Janji DiTepati kami," katanya sambil menambah beliau yakin bahawa Barisan dapat merampas kembali kerusi Ampangan yang kalah tipis dalam pilihan raya lepas.

Pembinaan pusat penjaja baru yang bermula bulan lepas dijangka akan siap menjelang Mei tahun depan.

Artikel Sebelum

Waspada Senjata Pembangkang - PM

Artikel Lain