Polis Buru Dua Penyamun Tetak Tangan Pengawal Keselamatan - Semasa | mStar

Polis Buru Dua Penyamun Tetak Tangan Pengawal Keselamatan

KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti dua suspek yang terlibat menetak seorang pengawal keselamatan sebelum menyamun sebuah pasar raya di Lebuhraya Bukit Jalil, di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata kedua-dua suspek berumur 23 dan 27 tahun itu dikenal pasti melalui rakaman kamera litar tertutup di pasar raya itu.

"Mangsa telah keluar daripada Hospital Serdang dan kita kini sedang memburu kedua-dua suspek," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Selasa.

Dalam kejadian pukul 9 malam itu, mangsa seorang warga Nepal yang dikenali sebagai Najar, 34, bukan sahaja ditetak dengan parang pada tangan kiri tetapi juga dipukul bertalu-talu menggunakan cota miliknya.

Seorang saksi, Mahathir Mohd Ibrahim, 21, pembantu stor pasar raya berkenaan, berkata semasa kejadian beliau sedang mengemas barang di dalam stor sebelum terdengar bunyi bising dari dalam premis.

"Saya keluar dari stor lihat pengawal keselamatan itu ditetak dan dipukul sebelum dua lelaki mengambil wang di bahagian kaunter juruwang dan melarikan diri," katanya.

Sementara itu, juruwang premis tersebut, Hazifa Kamsari, 25, yang sempat menyelamatkan diri, berkata suspek yang melindungi muka dengan memakai topi melarikan wang tunai kira-kira RM 1,500.

"Ketika kejadian terdapat kira-kira lima orang pelanggan dan semuanya lari menyelamatkan diri," katanya menambah premis itu beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam. BERNAMA

Artikel Sebelum

PM Lawat Ketua Pemuda Kepong Yang Cedera

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain