suria

IPO Astro Sahkan M'sia Sebagai Destinasi Pilihan Pelaburan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan penyenaraian pengendali stesen televisyen berbayar terbesar negara, Astro Malaysia Holdings Bhd, di Papan Utama Bursa Malaysia mengesahkan reputasi Malaysia sebagai salah satu destinasi terbaik dan paling cemerlang untuk pelaburan.

Beliau berkata, Malaysia adalah lokasi yang selamat bagi modal, dengan perniagaan dan bursa berkembang maju walaupun di celah-celah ketidaktentuan kewangan.

"Minat pelabur yang berterusan terhadap syarikat-syarikat kita menggambarkan peluang yang banyak di negara kita ini.

"Ia tidak hadir secara tiba-tiba, tetapi ia adalah hasil komitmen, dedikasi dan kerja keras mereka yang telah membina perniagaan yang berdaya saing di peringkat global," kata Najib pada pelancaran prospektus Astro di sini, Jumaat.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dan Pengerusi Astro Malaysia, Tun Zaki Tun Azmi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain