suria

Rampasan Dadah Jenis Pil Meningkat

KUALA LUMPUR: Polis dikejutkan dengan peningkatan jumlah rampasan pil dadah bernilai 4.13 juta dalam tempoh separuh pertama tahun ini berbanding 87,000 sepanjang 2011.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata sindiket mewujudkan lebih banyak makmal, mengupah ahli kimia dari China dan Belanda serta membeli peralatan untuk mensintesiskan dadah tersebut.

"Matlamat mereka adalah untuk memuaskan hati pelanggan dengan produk tiruan untuk mengelakkan ia dikategorikan sebagai dadah berbahaya walaupun mempunyai kesan sama.

"Bahan-bahan aktif yang sentiasa berubah dengan bahan kimia tidak disenaraikan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (yang membawa hukuman mati mandatori)," katanya.

"Kegiatan menghasilkan pil-pil khayal dilakukan di makmal mini kerana cara-cara memproses bahan terlarang ini boleh diperolehi secara online," katanya.

Noor Rashid berkata, polis menemui kebanyakan pengguna terdiri daripada mereka yang berpendapatan sederhana dan tinggi serta merupakan golongan profesional.

Majoriti dikalangan mereka mengambil dadah untuk berkhayal dan berseronok di sesebuah majlis.

Harga bagi dadah yang terkandung dalam bentuk pil berbeza.

Pil Esctasy dijual pada harga RM60 manakala pil Syabu RM60 dan pil Erimin 5, RM20.

Pada separuh pertama tahun ini, polis turut merampas 160.33 kg serbuk Esctasy dan 610,912 pil Esctasy berbanding 26.53kg dan 47,761 masing-masing dadah dalam bentuk serbuk dan pil pada 2011.

Beliau berkata, jumlah dadah jenis syabu yang dirampas bagaimanapun telah menurun.

Antara Januari dan Julai tahun ini, 213.55kg dan 74.41 liter syabu jenis kristal dan cecair serta 70,933 pil syabu dirampas.

Artikel Sebelum

Artikel Lain