suria

AirAsia Perluas Promosi Tempat Duduk Percuma Ke Laluan Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Kempen promosi "tempat duduk percuma" oleh AirAsia, yang ditawarkan bagi laluan domestik, diperluaskan ke laluan antarabangsa terpilih syarikat penerbangan tambang rendah itu bermula esok.

AirAsia berkata promosi itu, yang memerlukan penumpang membayar hanya cukai lapangan terbang dan fi yang dikenakan, menawarkan sehingga satu juta tempat duduk untuk direbut.

Tambang terangkum ke penerbangan domestik bagi AirAsia Malaysia, AirAsia Thailand, AirAsia Indonesia dan AirAsia Philippines adalah daripada sehingga serendah RM26 sehala.

Kempen promosi itu boleh didapatkan menerusi www.airasia.com, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini. Tempat duduk percuma ke destinasi antarabangsa boleh ditempah bermula esok sehingga Ahad bagi tempoh perjalanan dari 1 April, 2013 hingga 30 Sept, 2013. - BERNAMA

Artikel Lain