suria

Kertas Siasatan Dana Asing Suaram Ke Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menyerahkan kertas siasatan membabitkan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) kepada Peguam Negara pada petang Selasa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob, berkata kertas siasatan itu turut mengandungi cadangan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap Suaram.

Bagaimanapun beliau berkata ia bergantung kepada Peguam Negara untuk memutuskan sama ada pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut pertuduhan yang disediakan berlandaskan undang-undang.

Beliau berkata, sekiranya Peguam Negara memutuskan wujud kesalahan dan pertuduham dikenakan, SISB atau pengarahnya akan dihadapkan ke mahkamah.

"Agensi yang terbabit dan mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram) serta SISB akan mengambil tindakan undang-undang mengikut keperluan masing-masing.

"Ini kerana agensi seperti ROS, Bank Negara Malaysia dan SSM mempunyai bidang kuasa berbeza," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat agensi siasatan Suaram di sini, pada Selasa.

Artikel Lain