suria

Putera William, Putera Sebenar

Putera William ketika menyampaikan ucapan pada majlis makan tengah hari BMCC di KLCC, Jumaat. -foto Glenn Guan/THE STAR
Putera William ketika menyampaikan ucapan pada majlis makan tengah hari BMCC di KLCC, Jumaat. -foto Glenn Guan/THE STAR
Putera William ketika menyampaikan ucapan pada majlis makan tengah hari BMCC di KLCC, Jumaat. -foto Glenn Guan/THE STAR

PETALING JAYA: Durian adalah pasti bukan menjadi salah satu buah-buahan kegemaran Putera William, berdasarkan komen nakal yang dibuat semasa ucapannya pada majlis makan tengah hari British Malaysia Chamber of Commerce (BMCC).

Mendapat tepukan bersemangat daripada penonton ketika mengambil tempat, Putera William tersengih dan berkata "Sebagai permulaan, saya hanya ingin mengatakan betapa lazat makanan (yang telah dihidangkan) tetapi bagaimana lega (saya) durian tidak ada dalam menu!"

"Setelah mencubanya semalam (Khamis) pada waktu makan tengah hari di rumah Perdana Menteri, saya bimbang terhadap keselamatan orang yang saya temui selepas itu," katanya yang membuatkan penonton ketawa.

The Duke of Cambridge berkata beliau dan isterinya, Catherine, "amat gembira" berada di Malaysia, terutama sempena sambutan ulang tahun ke-60 pemerintahan baginda Ratu Elizabeth II.

"Nenek saya memberitahu saya bahawa Malaysia akan menyediakan kami dengan beberapa pengalaman indah dan kenangan yang tidak dapat dilupakan, dan sesungguhnya ia telah terbukti.

"The Queen telah meminta saya untuk menyampaikan ucapan yang baik ini kepada rakyat Malaysia, pada sambutan Jubli Intan. Terima kasih dari hati yang ikhlas kerana menyambut kedatangan kami ke Malaysia," katanya mesra.

The Duke berkata beliau sedar tradisi persahabatan dan perkongsian antara yang panjang antara Britain dan Malaysia, yang secara khususnya telah menyaksikan banyak lawatan peringkat tinggi di kedua-dua hala pada tahun-tahun lepas.

Ini, katanya, termasuk lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke sana dan Perdana Menteri Britain, David Cameron di sini pada bulan April, serta Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah dan lawatan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada perayaan sempena sambutan ulang tahun ke-60 pemerintahan baginda Ratu Elizabeth II dan Sukan Olimpik.

Beliau berkata perniagaan menjadi nadi kepada hubungan erat yang lama wujud antara Britain dan Malaysia, yang mana banyak yang telah dilakukan BMCC untuk memupuk hubungan ini.

William berkata Britain sangat inovatif, kompetetif dan mengamalkan ekonomi ekonomi terbuka yang menyambut mesra perniagaan Malaysia.

"Tiada apa yang boleh membuat ia lebih jelas melainkan pengambilalihan stesen kuasa Battersea ikonik di London, hanya satu batu dari Parlimen British di Westminster oleh sebuah konsortium Malaysia.

"DRB-Hicom telah melabur dalam Lotus, satu lagi ikon British dan banyak firma Malaysia lain juga telah membuat pelaburan yang besar dalam ekonomi British," katanya, menyatakan rasa sukacita dengan hubungan perniagaan di antara dua negara kerana terdapat banyak juga syarikat-syarikat British yang menjalankan perniagaan di sini.

William menyatakan beliau "amat kagum" apabila kajian mendapati pelajar Malaysia membentuk kumpulan terbesar untuk kelayakan di Britain berbanding mana-mana tempat di dunia.

Beliau berkata ini bukan sahaja untuk kepentingan pendidikan atau komersial tetapi membantu untuk membina "pautan yang tidak ternilai di antara generasi muda kita" untuk membantu mengukuhkan hubungan Britain Malaysia bagi tahun-tahun akan datang.

Menambah bahawa masa mereka dihabiskan di sini adalah "terlalu pendek", beliau berkata bahawa lawatan ke Hospis Malaysia pada hari Khamis terutamanya tidak akan dilupakan dan berterima kasih kepada BMCC kerana memberi makan tengah hari di situ.

Artikel Lain