Pilihan Raya Kampus Pada 20 Atau 25 September Ini - Semasa | mStar

Pilihan Raya Kampus Pada 20 Atau 25 September Ini

PETALING JAYA: Tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) mungkin belum ditetapkan tetapi sekumpulan pelajar yang menyokong kedua-dua parti akan menjalankan tanggungjawab mereka untuk memilih bakal calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Sebanyak 20 universiti awam di negara ini akan mengadakan pilihan raya kampus sama ada pada 20 atau 25 September ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kesemua universiti terbabit memutuskan untuk mengadakan pilihan raya kampus pada kedua-dua tarikh itu.

Beliau berkata, mengambil bahagian dalam pilihan raya kampus merupakan peluang kepada calon pelajar untuk mendedahkan diri kepada demokrasi dan tanggungjawab.

"Saya berharap agar mereka dapat memberikan contoh dalam memastikan kejayaan pilihan raya kampus," katanya.

Bagaimanapun, ramalan awal mendapati pilihan raya kampus pada tahun ini lebih berwarna-warni berbanding tahun lalu yang dicemari beberapa protes.

Sekumpulan pelajar yang diketuai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) merancang untuk mengadakan demonstrasi menuntut pembaharuan dalam pilihan raya kampus, Ahad ini.

Pengerusi SMM, Muhammad Safwan Anang @ Tablib berkata, sekumpulan pelajar amat prihatin mengenai ketidaktelusan dalam pilihan raya tersebut.

"Kami mahu pihak berkuasa menetapkan satu tarikh untuk pilihan raya kampus dalam kalendar akademik. Para pelajar kecewa kerana pilihan raya kampus yang sepatutnya diadakan awal tahun ini ditunda beberapa kali," katanya.

Ketua Pelajar Pro-Aspirasi, Muhammad Idzwan Jamalludin berkata sekumpulan pelajar harus mempertahankan kebajikan pelajar universiti.

"Kami bimbang mengenai kenaikan kos sara hidup," katanya.

Sejak 2008, Naib Canselor diberi kuasa autonomi untuk memutuskan tarikh pilihan raya kampus.

Tempoh pelantikan perwakilan pelajar di universiti awam akan berakhir di antara Februari dan Mac.

Ini merupakan pilihan raya kampus pertama yang akan diadakan sejak pindaan dilakukan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain