Pekerja Kilang Dikhuatiri Lemas Ketika Mencari Kepah - Semasa | mStar

Pekerja Kilang Dikhuatiri Lemas Ketika Mencari Kepah

KEPALA BATAS: Seorang pekerja kilang yang keluar mencari kepah bersama kembarnya dan dua rakan mereka di persisiran pantai Kuala Muda, di sini dilaporkan hilang selepas dibawa ombak besar awal pagi Isnin.

Mangsa, Amran Mohd Yusuf, 28, yang berasal dari Taman Mahsuri, Padang Serai, Kedah ketika itu bersama kembarnya Amir serta Shahrulnizam A Rani, 39, dan anaknya Azly Firdaus Shahrulnizam, 13, dari Kulim.

Amran yang masih belum berkahwin dipercayai tidak tahu berenang dibawa arus deras manakala kembarnya dan dua rakan mereka berjaya diselamatkan sekumpulan nelayan yang berada berhampiran kawasan kemalangan pada kira-kira 11.00 pagi.

Bapa mangsa Mohd Yusuf Ahmad, 54, kakitangan Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Kulim berkata mangsa dan adik kembarnya baru kali pertama mencari kepah di kawasan Kuala Muda.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata gerakan mencari dan menyelamat mangsa giat dijalankan.

"Sehingga pukul 6 petang ini operasi mencari masih diteruskan. Jika mangsa masih belum ditemui sehingga malam ini, operasi akan diteruskan esok," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain