suria

Nenek Ditahan Dera Cucu

SANDAKAN: Polis di sini pada Rabu menahan seorang perempuan yang disyaki mendera cucu lelakinya.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata perempuan berusia 56 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan dari pihak hospital di sini, tempat kanak-kanak itu menerima rawatan.

Menurut laporan awal, mangsa didera di rumah yang didiami bersama neneknya di Sri Taman dekat sini, kata Rowell.

Rowell yang tidak mendedahkan umur mangsa berkata perempuan itu direman untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Artikel Lain