Rumah Didiami 13 Penghuni Hangus Dijilat Api - Semasa | mStar

Rumah Didiami 13 Penghuni Hangus Dijilat Api

TAIPING: Sebuah rumah yang didiami 13 penghuni di Jalan Permaisuri, Pokok Assam di sini musnah manakala dua rumah bersebelahannya rosak dalam kebakaran pagi Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping Hasna Rashid berkata kebakaran itu melibatkan tiga rumah yang sebahagian besarnya diperbuat daripada kayu.

"Kebakaran dipercayai berlaku kira-kira 10.30 pagi, bermula dari rumah pertama, yang musnah sama sekali sebelum api merebak ke rumah bersebelahan menyebabkan 30 peratus bahagian hadapan rumah itu rosak manakala rumah ketiga yang bersambung dengan rumah pertama musnah hampir 50 peratus di bahagian belakang," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran itu pada 11.02 pagi dan segera ke tempat kejadian sebelum dapat mengawal api pada 11.25 pagi.

Sebanyak tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dan Kamunting serta 13 anggota berusaha memadam kebakaran itu. Punca serta anggaran kerugian akibat kebakaran masih disiasat, katanya.

Sementara itu, Ismaruddin Md Nor, 29, berkata beliau bersama adiknya, Norfatihah, 19, dan ibu mereka, Badariah Mohamad, 56, panik ketika kebakaran itu kerana ia berlaku begitu pantas.

"Kami bersyukur kerana sempat menyelamatkan perkakas rumah dan kejadian itu hanya melibatkan dinding rumah sewa kami terbakar. Rumah sebelah musnah sama sekali," katanya.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusuf Mohd Diah berkata rumah yang musnah itu dipercayai disewa lima pelajar sebuah institusi pengajian tinggi dan kerugian dianggarkan hampir RM100,000.

Ketika kejadian, kesemua penghuni rumah itu bercuti Aidilfitri. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Signal dijangka pesaing utama WhatsApp