suria

Peniaga Yong Tau Fu Yang Dilaporkan Hilang Ditemui Mati

GEORGE TOWN: Seorang peniaga yong tau foo yang dilaporkan hilang sejak dua hari lalu ditemui mati dengan beberapa kesan luka pada seluruh badannya, di sebuah restoran berdekatan Jalan Sultan Azlan Shah, di sini pagi Rabu.

Jurucakap polis berkata mayat yang dikenal pasti sebagai Yong Chin Boon, 52, dipercayai dibunuh sebelum ditemui orang awam, pada 8.40 pagi.

"Menurut isteri mangsa, Yong keluar dari rumah pada 5 petang, dua hari lepas untuk mengambil bekalan kerang untuk berniaga di sebuah restoran.

"Bagaimanapun selepas tidak pulang ke rumah sehingga semalam, isterinya membuat laporan polis," katanya di sini, Rabu.

Hasil siasatan mendapati mangsa mungkin disamun sebelum dibunuh dengan objek keras kerana barangan berharga milik mangsa turut hilang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Kota Mula Balik Raya

Artikel Lain