suria

Helikopter Terhempas, Juruterbang Pelatih Hilang

PONTIAN: Seorang juruterbang pelatih hilang selepas helikopter yang dinaikinya terhempas pada pukul 2.15 petang di Kg Dalam di Ayer Baloi di sini pada Ahad.

Lelaki tersebut yang dikenalpasti sebagai Samuel Ling dari Singapura, telah berlepas dengan helikopter milik sebuah sekolah penerbangan, dari Senai dalam latihan penerbangan rutin. Penerbangannya bagaimanapun hilang dari radar.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Hamid Suari mengesahkan bahawa 11 anggota bomba telah dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 2.28 petang.

Pegawai dari Jabatan Penerbangan Awam dijangka akan berada di tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

Artikel Lain