suria

PKNS Digesa Beri Diskaun 7% Untuk Semua Kaum

SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Khamis meluluskan usul bagi menggesa kerajaan negeri mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memberikan diskaun tujuh peratus kepada semua kaum di negeri itu.

Usul yang dikemukakan M. Manoharan (DAP-Kota Alam Shah) itu disokong Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) serta majoriti ahli Dewan.

Ketika membentangkan usul itu, Monoharan antara lain mencadangkan PKNS memberikan diskaun kepada semua kaum yang lahir di Selangor dengan syarat berada dalam kategori rakyat miskin berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.

"Saya mencadangkan Dewan ini dengan serta-merta menggesa kerajaan negeri melaksanakan program khusus bagi semua kaum di Selangor," katanya.

Selain itu DUN Selangor juga meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2012 yang memperuntukan sejumlah RM120.1 bilion.

Rang undang-undang itu antara lain bagi menampung kekurangan perbelanjaan kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak 13 peratus berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Artikel Lain