suria

Harga Hartanah Di P. Pinang Melambung Tinggi

Pesiaran Gurney merupakan salah satu kawasan tumpuan pelancong dan pesara asing membeli rumah di kawasan tersebut. Foto THE STAR: K.T.GOh.
 Pesiaran Gurney merupakan salah satu kawasan tumpuan pelancong dan pesara asing membeli rumah di kawasan tersebut. Foto THE STAR: K.T.GOh.
Pesiaran Gurney merupakan salah satu kawasan tumpuan pelancong dan pesara asing membeli rumah di kawasan tersebut. Foto THE STAR: K.T.GOh.

GEORGE TOWN: Kekurangan tanah di Pulau Pinang dan tarikannya sebagai salah satu destinasi pelancong serta rumah kedua bagi pesara asing telah menyebabkan hartanah di negeri itu melambung tinggi dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 25 peratus sejak lima tahun lalu.

Menurut penilai hartanah, harga yang ditawarkan adalah antara yang tertinggi di Malaysia justeru, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa hanya golongan kaya sahaja boleh tinggal di pulau yang merupakan salah satu warisan dunia.

Menurut tinjauan yang dijalankan The Star, harga unit kondominium di Batu Ferringhi, Tanjung Bungah dan Persiaran Gurney yang menghadap tepi laut di jual pada harga falak, dan ada beberapa kes ia dijual bermula dengan RM2 juta bagi unit yang mempunyai keluasan 1,000 kaki persegi.

Sebelum perang dunia berlaku lagi di pusat bandar misalnya di Campbell Street kawasan tersebut telah diduduki oleh bukan penduduk asal Pulau Pinang.

Mereka telah menukar wajah kawasan tersebut dengan membuka butik hotel dan ada juga mahu menyimpan bangunan disitu kerana kecantikan seni bina mereka.

Harga rumah juga turut meningkat dari RM500,000 pada 2007 kepada kira-kira RM800,000 pada 2012 dengan mencatatkan peningkatkan lebih kurang 30 peratus.

Menurut Pengarah Urusan, Raine & Horne Malaysia, Michael Geh paling tinggi adalah di Pulau Tikus, Persiaran Gurney, Tanjung Tokong dan kawasan kediaman Tanjung Bungah dengan mencatatkan peningkatan lebih daripada 25 peratus bagi harga setiap unit kondominium.

Bagi kawasan lain seperti di Bayan Baru, Sungai Ara dan Minden Heights serta Batu Maung pula harga rumah teres, unit kondominium serta rumah berkembar telah meningkat sekurang-kuranya 25 peratus.

Skim perumahan rumah kos sederhana hanya terdapat di beberapa kawasan sahaja seperti di George Town Perak Road, MacCallum Street, Jalan Burmah dan Sungai Pinang ia belum diperluaskan ke kawasan lain.

"Ini menunjukkan peningkatan lebih daripada 25 peratus berbanding lima tahun lalu. Sebuah apartment yang teletak di sebuah kawasan kejiranan pada 20007 berharga RM180,000 tetapi kini ialah meningkat hingga RM250,00," kata Geh.

Menurutnya, peningkatkan harga rumah yang tinggi mendorong ramai orang membeli rumah di Seberang Perai kerana harga hartanah di sana masih lagi murah sekitar satu pertiga daripada harga hartanah di pulau berkenaan.

"Namun harga hartanah di kawasan tanah besar itu juga sedang meningkat," katanya.

Sebuah pangsapuri di bandar Butterworth pada ketika ini dijual pada harga RM250,000 berbanding RM180,000 lima tahun yang lalu, sementara bagi rumah teres ia menelan belanja sekitar RM500,00 berbanding RM300, 000 pada 2007.

Tambah Geh, ekoran kekurangan tanah dan peningkatan harga bahan mentah harga hartanah di Pulau Pinang dijangka akan terus meningkat pada masa hadapan.

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional, Teng Chang Yeow berkata ketika pemerintahan kerajaan negeri sebelum ini hanya terdapat satu atau dua projek perumahan utama di kawasan lereng bukit. Namun sejak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih terdapat banyak projek di kawasan lereng bukit di seluruh pulau tersebut. Beliau berkata garis panduan pembangunan di lereng bukit sedia ada sememangnya mencukupi namun kerajaan negeri patut lebih tegas dalam menguatkuasakannya.

Artikel Lain