suria

Pampasan Insurans RM50,000 Dilarikan

KUANTAN: Seorang lelaki kehilangan wang pampasan insurans sebanyak RM50,000 apabila dilarikan dua individu di sini, Selasa.

Wang itu baru sahaja dikeluarkan dari sebuah bank di sini.

Kejadian berlaku selepas mangsa yang berumur 31 tahun dari Jengka pulang dari bank tersebut dan menukar tayar keretanya yang pancit di sebuah kedai tayar di Bukit Sekilau dekat sini.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata semasa menunggu tayar keretanya ditukar, dia didatangi sepasang lelaki dan wanita yang berpakaian seperti orang Pakistan untuk bertanyakan arah ke Kuala Lumpur.

"Selepas bertegur sapa dengan pasangan berkenaan, mangsa kemudiannya menyedari wang tersebut yang disimpan di dalam keretanya telah hilang," katanya.

Beliau berkata hasil pemeriksaan melalui kamera litar tertutup di kedai tayar berkenaan mendapati wang tersebut telah diambil oleh lelaki yang bertanyakan arah itu. Wamg itu disimpan di dalam keretanya selepas wang insurans kemalangan yang diterimanya lesap dilarikan oleh dua individu di sini, Selasa.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata, mangsa, 33, yang tinggal di Jengka keluar dari rumah ke Kuantan bersama isteri, adik ipar dan anaknya pada 12 tengahari bagi mengambil wang insurans kemalangannya tanpa pengetahuan ahli keluarga yang mengikutinya itu.

"Sampai di Kuantan, mangsa berjumpa dengan seorang peguam untuk urusan berkenaan sebelum ke sebuah bank di Jalan Tun Ismail untuk mengeluarkan wang berjumlah RM50,000," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Menurutnya selepas selesai urusan pengeluaran wang berkenaan, mangsa menyimpan wang itu di dalam beg plastik dan diletakkan dalam kereta di tempat menyimpan barang di bahagian hadapan tanpa pengetahuan isteri, anak dan adik iparnya.

Mangsa kemudiannya menyuruh adik iparnya meneruskan perjalanan sebelum berhenti di kedai menukar tayar di Bukit Sekilau. Noor Asyikin berkata, semasa penukaran tayar berkenaan mangsa telah didatangi oleh sepasang lelaki dan wanita berpakaian seperti orang Pakistan untuk bertanyakan jalan ke Kuala Lumpur.

Katanya, tanpa disedari selepas bertegur sapa dengan pasang berkenaan wang yang disimpan mangsa di dalam kereta telah hilang.

Beliau berkata hasil pemeriksaan melalui kamera litar tertutup di kedai berkenaan mendapati wang yang disimpan dalam kereta berkenaan telah diambil oleh lelaki yang menanyakan arah tersebut. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain