Remaja Parah Diserang Lebih 30 Lelaki - Semasa | mStar

Remaja Parah Diserang Lebih 30 Lelaki

GEORGE TOWN: Seorang remaja parah selepas ditetak dan dibelasah lebih 30 lelaki dalam satu kejadian di Kampung Baru, Air Itam, di sini malam Isnin.

K.Sasikumar, 19, menerima lebih 100 jahitan dan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Pulau Pinang akibat kejadian pukul 8 malam itu.

Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku berikutan salah faham antara mangsa dan sekumpulan lelaki berkaitan beberapa perkara.

"Berikutan berang dengan mangsa, beberapa lelaki itu memanggil rakan-rakan mereka ke tempat kejadian sebelum menyerang Sasikumar menggunakan senjata tajam dan kayu," katanya kepada pemberita, di sini Isnin.

Kumpulan lelaki terbabit kemudian meninggalkan Sasikumar di tempat kejadian selepas mendapati mangsa cedera parah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Superitendan Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan polis telah mengenal pasti kumpulan lelaki yang menyerang mangsa.

Beliau berkata, usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan termasuk mengadakan 'Ops Tutup' secara besar-besaran.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Ramai Kagumi Kejayaan Malaysia - PM

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain