suria

LDP: Penutupan Sementara Pusingan 'U' Di KM23.0 Laluan Hala Ke Selatan

KUALA LUMPUR: Pusingan U di hadapan projek SetiaWalk di KM23.0 menghala ke selatan (ke Petaling Jaya dan Kuala Lumpur) Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) akan ditutup sementara dari pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi, mulai Selasa hingga 24 Mei.

SetiaWalk dalam kenyataan hari ini berkata dalam tempoh penutupan itu, pengguna jalan raya yang berhasrat membuat pusingan U dinasihatkan agar terus ke hadapan membuat pusingan U sebelum Plaza Tol Puchong Barat dan ikuti papan tanda yang disediakan.

Penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja menurap jalan dilakukan di laluan pusingan U berkenaan, arah ke Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Jabatan Khidmat Pelanggan SetiaWalk di talian 03-58822255 atau Talian Bantuan LDP 03-74947333. - BERNAMA

Artikel Lain