suria

Irene Fernandez Tampil Beri Keterangan Di Ibu Pejabat SPRM

PUTRAJAYA: Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez pada Jumaat memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kenyataan yang dibuat dalam satu temu bual yang disiarkan oleh akhbar 'The Jakarta Post', Isnin lalu.

Beliau, yang dipanggil SPRM untuk memberi keterangan, ditemani ahli keluarga dan peguam tiba di perkarangan Kompleks SPRM kira-kira 9.15 pagi.

Dalam temu bual selama 90 minit itu, Fernandez diminta memberi maklumat lanjut mengenai dakwaan beliau bahawa Malaysia sebuah negara yang tidak selamat untuk pekerja Indonesia kerana tiada undang-undang khusus menjaga kebajikan pekerja.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali pada Khamis berkata, kehadiran Fernandez bukan untuk tujuan siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain