suria

Pesta Buku Perlu Tempat Yang Lebih Besar

AMBIL PELUANG... Orang ramai khasnya wargakota mengambil kesempatan cuti am sempena sambutan Hari Wesak dengan mengunjungi pameran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini. -Foto BERNAMA

PESTA buku antarabangsa yang baru sahaja selesai Ahad lalu yang disifatkan sebagai pesta buku yang terbesar di Asia Tenggara telah mencuri perhatian dan tumpuan begitu ramai sekali pengunjung.

Khabarnya, pada hari biasa (bukan cuti umum atau kelepasan) orang tetap ramai sehinggakan laluan masuk menjadi sukar kerana kepadatan pengunjung dan tempat meletak kereta juga penuh. Pada hari Sabtu dan Ahad, lagi padatlah jawabnya.

Penulis yang berkesempatan mengunjungi pesta buku tersebut mendapati, orang ramai bukan sahaja berpusu-pusu untuk memperolehi buku-buku rujukan untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan besar dan penting tetapi juga turut memberikan perhatian kepada buku-buku bacaan umum serta novel/cerpen.

Dengan sambutan yang begitu hangat sekali, apakah ini memberi sedikit sebanyak petanda bahawa dunia buku masih lagi relevan dengan masyarakat dan tidak akan mati sepertimana yang pernah diandaikan oleh para sarjana dan juga pengiat industri?

Tahun lepas, Badan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) mengiktiraf Malaysia sebagai negara terkehadapan dalam penerbitan buku di rantau Asean dan berada di tempat ke-16 dunia.

Menurut Unesco, Malaysia berjaya melahirkan lebih 5,000 penulis serta menghasilkan hampir 200,000 karya yang digunakan oleh kerajaan dan swasta.

Angka ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa industri buku memberikan sumbangan yang besar kepada ekonomi negara.

Oleh yang demikian ada baiknya juga sekiranya pesta ini memilih tempat yang jauh lebih besar lagi untuk acara tahun depan.

Atau seandainya pihak penganjur tetap mahu memilih PWTC, mereka perlu menempah Dewan Merdeka.

Artikel Lain