Pemuda BN Sabah Hanya Senaraikan 'Calon Boleh Menang' - Semasa | mStar

Pemuda BN Sabah Hanya Senaraikan 'Calon Boleh Menang'

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah sudah mengemukakan beberapa nama calon kepada pucuk pimpinan parti untuk dipertimbangkan mewakili BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Ketuanya Awang Kadin Tang berkata mereka yang disenaraikan itu adalah pemimpin muda yang berpotensi dan dianggap "calon boleh menang".

"Kita tidaklah mengharap sangat...kita serahkan sahaja kepada pucuk pimpinan parti (BN) untuk membuat keputusan. Apa yang penting ialah pergerakan Pemuda B Nakan membantu habis-habis bagi memastikan BN menang pada pilihan raya akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi mengumumkan Program B NPilihan Orang Muda peringkat negeri, anjuran bersama pergerakan itu dan Puteri Umno Sabah di Bangunan Umno Sabah di sini, Isnin.

Ketua Puteri Umno Sabah Musliati Moslimin yang turut hadir pada sidang media itu juga mengesahkan telah menghantar beberapa nama calon untuk pertimbangan pucuk pimpinan parti.

Awang Kadin berkata program yang bakal diadakan di Tawau pada 18 Mei itu merupakan sebahagian daripada persedian menghadapi pilihan raya umum akan datang yang dijangka dihadiri 10,000 anggota jentera Pemuda BN, Puteri Umno dan parti-parti komponen BN negeri.

Katanya antara pengisian program itu ialah pameran dan peluang pendidikan, peluang pekerjaan melalui pelbagai agensi kerajaan, kempen derma darah dan kempen pendaftaran pemilih baru.

Awang Kadin berkata usaha meraih sokongan golongan muda itu amat penting memandangkan kajian Pemuda BN baru-baru ini mendapati 62 peratus pengundi muda merupakan pengundi atas pagar.

"Kita dalam Pemuda BN dan Puteri Umno akan memastikan golongan generasi muda bersama-sama dengan pemimpin BN, (dan) menerangkan pelbagai isu yang telah diputar belitkan oleh pembangkang yang bertujuan mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan," katanya. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain