suria

Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Meninggal Dunia

Allahyarham Datuk Fickry Yaacub
Allahyarham Datuk Fickry Yaacub
Allahyarham Datuk Fickry Yaacub

PETALING JAYA: Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf (KMK), Datuk Fickry Yaacub meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur Jumaat malam.

Allahyarham berusia 65 tahun meninggalkan seorang isteri, Datin Robiah Mohamed dan lapan orang anak.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada Sabtu selepas solat Zuhur.

Adik Allahyarham yang juga Pengarah Urusan KMK, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata arwah sebelum itu sedang menonton perlawanan bola sepak secara langsung antara Kelantan bertemu Lions XII.

"Rakan-rakan yang ingin menziarah jenazah Allahyarham boleh berbuat demikian di kediamannya di 66, Lorong Aminuddin Baki 3, bersebelahan Sekolah Kebangsaa TTDI," kata Hussamuddin yang dipetik daripada portal Sinar Harian.

Allahyarham merupakan seorang usahawan Bumiputra berjaya apabila mengetuai syarikat penerbitan dan percetakan terbesar di luar lingkaran arus perdana.

Artikel Lain