suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar Tidak Hiraukan Orang Melayu & Islam - Rais

GUA MUSANG: Kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang rela menjadi kuda tunggangan DAP menunjukkan Anwar tidak lagi menghiraukan orang Melayu dan Islam, kata Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata Anwar adalah seorang yang sanggup berbuat apa sahaja dan menganggap semuanya halal asalkan dapat menjadi perdana menteri.

"Perangai dan sifat sebegini, orang Melayu harus beri penilaian. Orang Islam harus beri penilaian, siapa itu DAP. Saya sudah kenal dia (Anwar) lama," kata Rais, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan berita hari ini yang melaporkan Anwar rela menjadi kuda tunggangan DAP jika tindakan itu membolehkan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Rais berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh majlis pelancaran Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di sini yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak esok.

Rais berkata dalam keghairahan hendak ke Putrajaya, Anwar sudah menabur pelbagai janji kepada rakyat, namun tiada satu pun yang ditunaikannya.

Kumpulan yang menzahirkan sokongan kepada Anwar, kata Rais hanyalah golongan minoriti dan beliau percaya dengan sikap DAP dan PAS, Anwar tidak akan dapat mewujudkan keharmonian di negara ini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain