suria

Kereta Terbakar: Jambatan P. Pinang Sesak Lebih Dua Jam

GEORGE TOWN: Trafik di Jambatan Pulau Pinang menghala ke Seberang Perai mengalami kesesakan luar biasa selama dua jam petang Sabtu apabila sebuah kereta hangus terbakar di atas jambatan itu.

Jurucakap pihak bomba dan penyelamat berkata, kejadian pukul 1.15 petang itu membabitkan kebakaran sebuah kereta jenis Volkswagon yang dipercayai berpunca daripada masalah teknikal enjin.

Beliau berkata sepasukan bomba dari Balai Bomba Jalan Perak di sini berjaya mengawal api daripada merebak ke atas kenderaan lain di atas jambatan itu dalam masa kurang 10 minit.

"Walaupun kenderaan itu musnah 100 peratus, pemandunya sempat keluar daripada keretanya. Pihak bomba masih menyiasat punca sebenar menyebabkan kebakaran itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang, DSP Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. -BERNAMA

Artikel Lain