suria

Penyokong PAS Demo Desak Kerajaan Terengganu Selesai Isu Tanah

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 3,000 penyokong PAS pada Selasa mengadakan demonstrasi di luar bangunan Wisma Darul Iman di sini ketika sidang Dewan Undangan Negeri berlangsung. Demonstrasi kira-kira sejam itu bagi menyerahkan memorandum berkaitan tanah kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Terengganu Satiful (ulang: Satiful) Bahri Mamat berkata antara isi kandungan memorandum berkenaan meminta agar tanah yang didakwa diambil kerajaan negeri dikembalikan kepada rakyat, antaranya tanah di Tepoh, di sini, Paka, Dungun dan di Permaisuri, Setiu.

Ahmad Said yang ditemui pemberita berkata beliau menerima memorandum itu kira-kira jam 11 pagi tadi daripada 15 wakil parti pembangkang itu. -BERNAMA

Artikel Lain