Pembangkang Perjuangkan Golongan Berada Bila Hapus PTPTN - Shafie Apdal - Semasa | mStar

Pembangkang Perjuangkan Golongan Berada Bila Hapus PTPTN - Shafie Apdal

KUANTAN: Cadangan pembangkang untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang merupakan perjuangan parti itu untuk golongan berada sahaja.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata PTPTN yang ditubuhkan sejak 1997 itu selama ini telah banyak berjasa kepada golongan kurang berkemampuan tidak boleh dimansuhkan kerana hanya saluran itu yang mampu membantu golongan tersebut.

"Saya rasa cadangan pembangkang yang mahu hapuskan PTPTN ini merupakan petanda bahawa mereka mahu memperjuangkan golongan berada seperti mereka bina rumah di Pulau Pinang di mana harganya mahal yang tidak mampu dimiliki oleh orang miskin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Daerah Siri 1 Tahun 2012 di sini, Isnin.

Katanya sekiranya tiada PTPTN, pelajar-pelajar miskin yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia tidak berpeluang untuk menyambung pengajian mereka ke menara gading.

Beliau berkata PTPTN bukan hanya membantu anak-anak bumiputera dan Melayu sahaja, tetapi pelajar bukan bumiputera dan kaum lain turut menikmati manfaat daripada tabung berkenaan.

"PTPTN merupakan landasan masa depan pelajar-pelajar ini untuk membantu ibu bapa mereka kelak dan adalah tidak wajar sekiranya ia dihapuskan," katanya.

Mohd Shafie berkata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang yang tidak konsisten dan tidak boleh dipercayai apabila mencadangkan pemansuhan PTPTN itu sedangkan beliau salah seorang pengasas penubuhan tabung itu iaitu ketika memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1997.

"Anwar tidak konsisten dan bila orang tidak konsisten dari segi kata dan perilaku, kita tidak boleh percaya dan yakin padanya," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai proses pemilihan calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti, Mohd Shafie yang juga Naib Presiden Umno berkata segala keputusan itu akan ditetapkan sendiri oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya calon dipilih nanti bukan sahaja mewakili parti tetapi turut diterima rakyat sebagai pemimpin yang sentiasa turun padang dan menyelesaikan masalah mereka.

"Bagaimanapun saya menganggap persiapan PRU-13 kali ini cukup baik dan bersedia pada bila-bila masa berbanding pilihan raya umum sebelum ini," katanya. -BERNAMA

Artikel Berikut

Pemuda PAS Sertai Himpunan Hijau 3.0

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain