suria

Pemandu Teksi Ditemui Mati Di Bilik Hotel Di Kuantan

KUANTAN: Seorang pemandu teksi ditemui mati dalam sebuah bilik hotel bajet di Jalan pasar di sini, Khamis.

Mayat Mat Rosli Abdul Karim, 56, berasal dari Kijal, Kemaman, Terengganu itu ditemui pekerja hotel berkenaan dalam keadaan terbaring kira-kira pukul 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata mangsa sepatutnya mendaftar keluar dari hotel itu tengah hari tadi.

"Pekerja hotel itu memeriksa bilik tempat mangsa menginap bagaimanapun pintunya berkunci dan tiada sebarang jawapan selepas dipanggil beberapa kali.

"Pekerja terbabit kemudiannya bertindak membuka pintu bilik mengunakan kunci pendua dan mendapati mangsa terbujur kaku di dalam bilik berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati tiada kesan pergelutan atau unsur jenayah dan kematian mangsa diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Lain