suria

Barangan Bersubsidi Dirampas Cuba Diseludup Ke Negara Jiran

TAWAU: Barangan bersubsidi merupakan antara barangan bernilai RM33,357 yang dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau dari sebuah bot di kawasan pantai Batu Batu, Sabindo petang Selasa.

Pemangku Pegawai Pemerintah PPM Tawau, ASP Mohamad Ismail berkata, barangan bersubsidi seperti gula pasir seberat 624kg, petrol (675 liter), Beras Nasional (290kg), Beras Bumi Sabah (290kg), minyak masak (207kg) dan gas memasak (9 tong) dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

"Bertindak atas maklumat orang awam, anggota kami memeriksa sebuah jongkong di kawasan pantai Batu Batu dan menemui barangan berkenaan. Juragan jongkong berusia 24 tahun iaitu seorang warganegara Indonesia dan jongkongnya kemudiannya ditahan selepas dia gagal menunjukkan dokumen berkaitan barangan itu," katanya.

Kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kastam.

Pada 29 dan 30 Mac lalu, PPM Tawau juga menggagalkan cubaan menyeludup keluar gula pasir sebanyak 2,760kg, gas memasak (68 tong), daging beku (600kg), baja sebatian (400kg), lada kering (350kg), lobak merah (31 kotak) dan sayap ayam (2 kotak). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain