Kelab Putera 1Malaysia Bawa Pulang Tiga Rakyat Malaysia Yang Cedera - Semasa | mStar

Kelab Putera 1Malaysia Bawa Pulang Tiga Rakyat Malaysia Yang Cedera

HAT YAI: Kelab Putera 1Malaysia berjaya membawa pulang tiga rakyat Malaysia dan seorang isteri mangsa warga Thailand, yang cedera dalam insiden pengeboman di sini Sabtu lepas.

Choo Kok Boon, 46, dari Petaling Jaya, Selangor dan isterinya, Somkhid Luagnut, 37, dimasukkan ke Hospital Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada kira-kira 12 tengah hari waktu Malaysia selepas dibawa keluar dari Hospital Rajyindee di sini.

Satu lagi pasangan suami isteri, Lew Kim Lai, 39, dan Lim Hock Bee, 37, dari Kuala Kedah, tiba di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9 malam dari Hospital Songkla Nagarind.

Pengerusi Kelab 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata mangsa yang pulang itu akan diperiksa semula bagi membolehkan mereka menerima rawatan lebih baik daripada pakar di tanah air.

"Mereka akan mendapat rawatan di hospital Malaysia yang berdekatan dengan kediaman mereka supaya mereka lebih selesa, selain bimbang faktor keselamatan tidak menentu di sini," katanya kepada pemberita, Selasa.

Kini hanya tinggal dua rakyat Malaysia, suami isteri, dirawat di Hospital Songkhla Nagarind. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa