suria

Pengesahan DNA Marwan Masih Belum Diterima

BATU PAHAT: Polis masih belum menerima pengesahan DNA untuk mengenal pasti suspek pengganas warga Malaysia, Zulkifli Hir @ Marwan yang dilaporkan terbunuh di Filipina.

Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Pengganas), Datuk Mohamad Fuzi Harun berkata, sampel DNA keluarga Marwan telah dihantar kepada pihak berkuasa Filipina untuk membantu dalam mengenal pasti mayat tersebut.

"Buat masa ini, kami tidak mendedahkan status Marwan kerana masih belum menerima maklum balas dari pihak berkuasa Filipina mengenai hasil ujian DNA itu," katanya.

Dua bulan lalu, tentera Filipina melancarkan serangan udara ke atas selatan Kepuluan Jolo di mana Marwan dan beberapa pengganas paling dikehendaki dilaporkan turut terkorban.

Namun, mayat mereka tidak ditemui.

Tentera dan Polis Nasional Filipina (PNP) masih belum dapat mengesahkan sama ada ketiga-tiga pengganas tersebut maut dalam serangan pada 2 Februari lalu.

Mereka mendakwa selain Marwan, tiada lagi warga Malaysia dipercayai maut dalam serangan itu.

Artikel Lain