suria

860 Banduan Sabit Hukuman Mati Belum Jalani Hukuman

KUALA LUMPUR: Seramai 860 banduan disabitkan dengan hukuman mati bagi kesalahan membunuh, pengedaran dadah, senjata api dan penculikan sehingga 28 Februari tahun ini.

Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, berdasarkan statistik Jabatan Penjara Malaysia, kesemua banduan terlibat masih belum menjalani hukuman mati kerana kes mereka masih berada dalam proses rayuan.

"Daripada jumlah itu, 616 orang dalam proses Mahkamah Rayuan, 94 dalam proses Mahkamah Persekutuan dan 150 dalam peringkat Lembaga Pengampunan," katanya menerusi jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Selain itu Hishammuddin turut memberitahu bahawa seramai 79,487 banduan telah menjalani hukuman sebatan rotan sejak 2005 hingga 2011.

"Daripada jumlah tersebut 46,338 atau 58.3 peratus banduan warga Malaysia dan 33,149 atau 41.7 peratus daripada adalah banduan warga asing," katanya.

Artikel Lain