Pengerusi NFcorp Tidak Hadir, Siasatan PAC Tidak Dapat Dijalankan - Semasa | mStar

Pengerusi NFcorp Tidak Hadir, Siasatan PAC Tidak Dapat Dijalankan

KUALA LUMPUR: Sesi pendengaran siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kes National Feedlot Corporation (NFCorp) yang sepatutnya bermula hari ini tidak dapat dijalankan kerana tidak dihadiri pengerusi dan pengarah urusan syarikat itu.

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata pihaknya mempunyai kesukaran untuk mendapatkan kerjasama penuh daripada NFCorp kerana isu melibatkan syarikat itu telah menjadi kes di mahkamah.

Sesi pendengaran itu pagi tadi dipercayai dihadiri Pengurus Besar Sumber Manusia NFCorp, Wan Zurina Saaran, yang diiringi dua peguam.

"Peguam mereka memberi maklumat bahawa mereka menasihati ketua eksekutif badan itu supaya tidak hadir...satu sebab adalah kerana jemputan itu tidak datang daripada PAC sendiri.

"Mereka (peguam) juga menasihatkan pengarah urusan atau pengerusi eksekutif badan itu supaya tidak hadir kerana takut apa-apa penjelasan yang diberikan itu akan menjejaskan mereka dalam perbicaraan nanti. "Tak ada keputusan lagi dibuat setakat ini. Kita menghormati pendapat peguam dia dan keputusan semua pihak, sebab kes itu agak serius (dan) kalau yang disebut itu digunakan dalam mahkamah, ia boleh menjejaskan mereka," katanya.

Pada 12 Mac lepas, Pengerusi Eksekutif NFCorp Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap dua pertuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta serta dua lagi pertuduhan menyalahi Akta Syarikat.

Isu NFC mendapat perhatian berikutan Laporan Ketua Audit Negara pada Oktober lepas menyatakan projek itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya. Terdapat dakwaan wujudnya penyelewengan dalam peruntukan RM250 juta yang disalurkan untuk projek terbabit.

PAC sebelum ini mengarahkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar menjemput NFCorp hadir memberi keterangan kepada jawatankuasa itu.

Azmi berkata PAC akan mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi mendapatkan semula arahan jelas mengenai tahap siasatan yang boleh dijalankan berhubung isu NFCorp. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain