400 Penduduk Ampang Dipindah Akibat Banjir - Semasa | mStar

400 Penduduk Ampang Dipindah Akibat Banjir

KUALA LUMPUR: Hampir 400 penduduk dari dua kampung di Ampang dipindahkan malam Rabu apabila rumah mereka yang rata-rata terletak berhampiran sungai dinaiki air.

Banjir berikutan hujan lebat di Lembah Klang petang tadi turut menyebabkan beberapa rumah di tebing sungai kawasan itu dihanyutkan. Dua kampung terlibat ialah Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Pinggir Tiga membabitkan 150 rumah.

"Banjir besar itu adalah akibat limpahan sungai di Taman Rimba Ampang yang turut menyebabkan tebing sungai itu runtuh. Kebanyakan mangsa tinggal sehelai sepinggang," kata Ketua Wanita Umno bahagian Ampang Dr Rozaidah Talib ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kesemua mangsa kini di tempatkan di pusat penempatan sementara di surau Lembah Jaya Utara dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang membuat bancian jumlah mangsa yang terlibat.

"Pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) membuka pendaftaran untuk disalur kepada JKM. Kami juga menyediakan makanan untuk mangsa dan kami memerlukan bantuan pakaian," katanya.

Beliau berkata sesetengah mangsa terpaksa diselamatkan menggunakan bot dalam operasi menyelamat yang melibatkan polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Sementara itu, seorang pegawai khas kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Dusun Tua berkata kawasan Hulu Langat turut dilanda banjir yang disifatkan sebagai paling teruk. Katanya kawasan paling teruk terjejas ialah Dusun Tua yang ditenggelami air sedalam dua meter.

"Ramai yang dipindahkan...kawasan berlaku banjir terputus hubungan...jalan tak boleh dilalui," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Apple Lancar iPad Generasi Ketiga

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini