suria

PAC Siasat PFN Pada 19, 20 Mac

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) dijangka untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada Perbadanan Fidlot Nasional (PFN) dalam tempoh dua minggu lagi.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid pada Selasa berkata, ia merupakan proses yang biasa susulan kepada mesyurat pertama mengenai PFN pada November lalu.

“Sebenarnya, apa yang kita lakukan sebelum ini (dalam mesyurat yang terakhir) adalah tidak lengkap.

“Kali ini, kami ingin bertanyakan kepada mereka untuk datang dan memberikan maklumat lanjut,” katanya kepada The Star.

Wakil-wakil daripada PFN, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kewangan dijangka tampil bertemu dengan PAC sebelum mesyuarat itu pada 19 dan 20 Mac.

Mereka perlu menjelaskan mengenai pinjaman berjumlah RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan kepada PFN untuk projek penternakan lembu.

Pembangkang mendakwa dana awam itu disalah guna bagi aktiviti yang tidak mempunyai kaitan dengan projek tersebut, termasuk pembelian beberapa kondominium mewah di Singapura dan Kuala Lumpur.

Artikel Berikut

103 GRO Ditahan

Artikel Lain