suria

16 Sertai Perhimpunan Anti ISA Didapati Bersalah

KUALA LUMPUR: Seramai 16 individu yang ditahan kerana membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berhampiran Masjid Negara pada 2009, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini, Rabu kerana menyertai perhimpunan haram.

Hanya 11 orang yang didakwa hadir di mahkamah pada Rabu.

Hakim Ainul Shahrin Mohd berkata, rayuan dan hukuman terhadap tertuduh yang tidak hadir akan diadakan pada prosiding hadapan.

Kesalahan itu dilakukan di sekitar Masjid Negara di antara pukul 9 pagi dan 11.15 pagi pada 1 Ogos 2009.

Waran tangkap dikeluarkan terhadap Mohamad Sukri Mohamad, 27, Syaza Muaz Shaharudin, 22 dan Zul Sifli Kamma Kutty, 26, kerana tidak mengemukakan sebarang sebab tidak hadir ke mahkamah.

Sementara itu, waran tangkap tidak akan dikeluarkan terhadap Noorazam Sakib, 47 dan Hayati Abd Samad kerana peguam mereka mendakwa tertuduh ada hal keluarga untuk dihadiri.

Ainul memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa kes itu melampaui keraguan munasabah selepas semua tertuduh gagal mewujudkan keraguan berhubung kes berkenaan.

Artikel Berikut

Artikel Lain