suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Ditemui Lemas Di Lombong

IPOH: Seorang wanita yang dilaporkan hilang ketika cuba menyelamatkan anak saudaranya di sebuah lombong tinggal di Taman Lake View, Seri Iskandar, Tronoh petang Ahad ditemui mati lemas pada sebelah malamnya.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohd Fakri Che Mat berkata mayat Nurul Hasmah Amir, 22, dari Bandar Universiti, Seri Iskandar ditemui pada pukul 11 malam Ahad oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Mayatnya dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat, katanya ketika di hubungi Isnin.

Fakri berkata mangsa dikatakan pergi ke lombong yang terletak berhampiran rumahnya bersama empat anak saudaranya.

Mangsa dipercayai tenggelam ketika cuba membantu salah seorang anak saudaranya yang lemas ketika mandi di lombong itu, katanya.

Beliau berkata anak saudara mangsa yang berusia 12 tahun itu berjaya diselamatkan orang ramai yang menyaksikan kejadian.

Pasukan bomba dan penyelamat yang digegaskan ke tempat kejadian selepas menerima laporan berjaya menemui mayat mangsa di dasar lombong itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain