Wanita Melayu Dan Lelaki Nigeria Menjadi Dalang Seludup Dadah - Semasa | mStar

Wanita Melayu Dan Lelaki Nigeria Menjadi Dalang Seludup Dadah

SEPANG: Seorang wanita Melayu dan kekasihnya seorang lelaki Nigeria ditahan di ibu negara pada 14 Feb lalu kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan menyeludup dadah yang dianggarkan seberat 75 kg dan bernilai RM18.7 juta ke dalam negara.

Mereka merupakan dalang kepada sindiket pengeludupan dan pengedaran dadah yang kegiatan mereka berjaya dipatahkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.

Dua keldai dadah yang merupakan lelaki Melayu turut ditahan.

Timbalan Pengarah JKDM Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Siti Baya Berahan berkata wanita Melayu itu berumur 43 tahun sementara warga Nigeria berkenaan berumur 28 tahun, manakala kedua-dua keldai dadah tersebut berusia 25 dan 27 tahun.

Beliau juga berkata wanita tempatan itu dipercayai merupakan pemilik sebuah agensi perjalanan di ibu negara sementara kekasihnya itu sedang mengikuti pengajian dalam bidang komputer di sebuah kolej swasta sejak dua tahun lalu.

Pasangan itu ditahan di sebuah rumah di Kepong manakala kedua-dua lelaki berkenaan ditahan di lokasi berasingan ketika melakukan penyerahan bagasi.

Siti Baya berkata hasil siasatan mendapati keldai dadah berumur 27 tahun itu pulang dari Phnom Penh, Kemboja pada 13 Feb lalu dengan membawa sebuah bagasi yang mengandungi Syabu seberat 3.3 kg bernilai RM825,000.

"Sindiket ini berjaya membawa masuk dadah jenis Syabu dianggarkan seberat 75kg ke negara ini sejak empat bulan lalu dengan merekrut seramai 6 orang keldai dadah tempatan sebagai pekerja travel agensi, iaitu lima orang lelaki dan seorang wanita, kesemuanya berusia 20-an," katanya.

Beliau berkata mereka direman selama 14 hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati mandatori.

"Ini merupakan kali pertama mastermind sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah ditangkap sejak tahun lalu.

"Sepanjang tempoh itu, enam orang keldai dadah itu telah pergi ke luar negara sebanyak 25 kali. Ini bermakna seorang keldai dadah akan ke luar negara sebanyak empat atau lima kali dan setiap kali mereka pulang ke Malaysia, dipercayai mereka membawa tidak kurang 3 kg dadah yang disorok dalam bagasi," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Siti Baya berkata sepanjang tempoh empat bulan tersebut keldai dadah pernah melawati beberapa negara dan bandar raya antaranya Phnom Penh, Johannesburg, Bangladesh, Siap Reap, Manila, Cape Town, Mozambique dan Singapura. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain