40,000 Ahli Pemuda Umno Belum Daftar Sebagai Pengundi - Semasa | mStar

40,000 Ahli Pemuda Umno Belum Daftar Sebagai Pengundi

KUALA LUMPUR: Sikap tunggu dan lihat menjadi satu punca mengapa kira-kira 40,000 anggota Pergerakan Pemuda Umno yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pengundi untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Exco Keahlian Pergerakan Pemuda Umno Hishamuddin Yahaya berkata kebimbangan dan sikap teragak-agak muncul di kalangan mereka yang belum menjadi pemilih, termasuklah was-was sama ada dapat mengundi atau tidak pada pilihan raya akan datang walaupun sudah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Memang kita akui pendaftaran di kalangan anggota Pemuda Umno sekarang agak perlahan. Mereka masih ragu-ragu sama ada sempat mengundi atau tidak dalam pilihan raya umum yang sudah dekat ini," katanya kepada Bernama di sini, Jumat.

Beliau berkata terdapat kira-kira 700,000 anggota Pemuda Umno dan hanya 40,000 daripada jumlah itu yang belum mendaftar.

Hishamuddin berkata pada tahun lepas, kira-kira 100,000 anggota pergerakan sudah didaftarkan atas usaha semua peringkat, terutama di bahagian-bahagian yang menjelaskan peri pentingnya menjadi pengundi dan bukan hanya menjadi anggota parti. Justeru, katanya, semua Ketua Pemuda Umno Bahagian diingatkan supaya mendaftarkan anggota di peringkat masing-masing untuk menambah bilangan pengundi, sekali gus kekuatan parti.

"Kita mengingatkan mereka tidak kira bila pilihan raya umum akan diadakan pada Mac atau Jun atau Disember ataupun tahun depan, yang pentingnya semua bahagian perlu memainkan peranan masing-masing untuk mendaftarkan anggota Pemuda sebagai pengundi," katanya.

Beliau berkata dalam hal pendaftaran pengundi, bukan parti politik sahaja yang perlu memberikan kerjasama mendaftarkan pengundi tetapi juga usaha oleh pertubuhan bukan kerajaan dan SPR sendiri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini memaklumkan kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lepas, dengan 65 peratus daripada mereka adalah Bumiputera.

Sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini ialah seramai 11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah 15.47 juta orang.

Pada 8 Feb lepas, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan hampir 400,000 anggota Umno belum mendaftar sebagai pengundi.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, kata beliau, pihaknya kini menjalankan gerakan khas di peringkat Ibu Pejabat Umno untuk mengesan anggota yang belum mendaftar sebagai pengundi. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain