suria

Semua Pelajar Islam Di Melaka Miliki Akaun Tabung Haji - Ali Rustam

MELAKA: Kesemua 126,000 pelajar beragama Islam di sekolah rendah dan menengah di Melaka memiliki akaun Tabung Haji (TH) hasil usaha kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Melaka (Maim).

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata setiap pelajar terbabit memiliki sekurang-kurangnya RM2 dalam akaun masing-masing.

"Mudah-mudahan ini dapat menanam rasa sifat menabung dan kasih sayang kepada agama seterusnya menunaikan fardhu haji dengan menggunakan akaun ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan buku akaun TH di Sekolah Menengah Vokasional Bukit Katil, di sini, Jumaat.

Beliau berkata setakat ini, seramai 322,000 daripada 502,000 umat Islam di Melaka menjadi pendeposit TH dengan jumlah simpanan RM884.1 juta.

Diharapkan lebih ramai umat Islam di Melaka membuka akaun simpanan TH pada masa akan datang, katanya.

Terdahulu, Maim menaja 49,147 pelajar sekolah membuka akaun TH dengan keseluruhan tabungan berjumlah RM98,294. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Wanita Terbunuh Dirempuh Kereta

Artikel Berikut

Artikel Lain