Ambrin Buang Dilantik Semula Ketua Audit Negara - Semasa | mStar

Ambrin Buang Dilantik Semula Ketua Audit Negara

KUALA LUMPUR: Tan Sri Ambrin Buang dilantik semula sebagai Ketua Audit Negara untuk tempoh satu tahun mulai 23 Feb ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, dalam satu kenyataan di sini Khamis berkata, pelantikan itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Ambrin dilantik sebagai Ketua Audit Negara untuk tempoh dua tahun mulai 23 Feb 2006.

Seterusnya beliau telah dilantik semula untuk tempoh dua tahun mulai 23 Feb 2008 hingga 22 Feb 2010 dan untuk tempoh dua tahun lagi mulai 23 Feb 2010.

"Pelantikan semula ini adalah memandangkan perkhidmatan Tan Sri Ambrin Buang sebagai Ketua Audit Negara masih diperlukan," kata Mohd Sidek. - BERNAMA

Artikel Sebelum

188 Kes AGE Dikesan Di Perak Hari Ini

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain