suria

Kolumis Arab Saudi Dihantar Pulang:Hishammuddin

PUTRAJAYA: Kolumis akhbar Arab Saudi, yang ditahan Khamis lepas di Lapangan Terbang Antarabanagsa Kuala Lumpur (KLIA) atas permintaan kerajaan negaranya, akan dihantar pulang ke negara asal.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Mohammad Najeeb A. Kashgari, 23, akan dihantar pulang ke negara asalnya mengikut perjanjian yang dimeterai antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi.

"Malaysia terikat dengan perjanjian sedia ada bahawa individu yang dikehendaki oleh sesebuah negara dihantar pulang ke negara asalnya apabila ditahan oleh negara lain," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Beliau berkata bentuk tuduhan yang dikenakan terhadap Mohammad Najeeb merupakan urusan pihak berkuasa Arab Saudi.

Kolumis itu dikatakan menimbulkan kemarahan rakyat Arab Saudi kerana menyebarkan laporan yang dianggap menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui Twitter pada hari sambutan Maulidul Rasul minggu lepas.

Tindakannya itu menyebabkan Twitter mencatat hampir 30,000 entri mengenai topik berkenaan dalam tempoh kurang 24 jam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain