suria

Gempa Bumi Magnitud 6.5 Di Filipina

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter berlaku di Cebu, Filipina pada 11.49 pagi Isnin.

Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam kenyataan, berkata pusat gempa terletak 11km arah timur laut dari Himamaylan City, Filipina dan kira-kira 722km arah timur laut dari Sandakan, Sabah.

Kejadian itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, kata kenyataan itu. - BERNAMA

Artikel Lain